Pengguna
  • 7
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Windows 8.1
Versi terbaru:
382008-12-16
Muat turun bulan lepas:
8,307,757
Saiz:
0.92 MB
Pembangun:

Pelayar yang dulunya secepat kilat, kini lebih pantas

Opera ialah pelayar internet yang pernah digunakan lama sebelum pelayar-pelayar lebih popular seperti Firefox dan Chrome.

Gambaran Ringkas

Opera 12 mengekalkan reka bentuk umum dan fungsi Opera 11 yang sangat diminati, tetapi menambah ciri-ciri mudah yang lebih baik seperti tema, akses web cam dan pecutan perkakasan. Bagi antara muka, Opera 12 menawarkan GUI yang lebih bersih dengan lebih fokus kepada tapak web, bukannya butang dan menu. Secara keseluruhan, Opera 12 bukanlah perubahan besar daripada versi sebelum ini, tetapi ia telah ditambah baik dengan beberapa ciri baru yang bagus.

Inovasi dan kelajuan

Inovasi yang besar dalam versi Opera sebelum ini ialah sambungan. Walaupun pilihan penambahbaikan pelayar masih agak terhad, apabila anda memasang atau menanggalkan add-on, anda tidak perlu memulakan kembali pelayar anda. Ia juga berkonsepkan sandbox, jadi jika salah satu ranap, pelayar anda tidak akan terjejas. Opera 12 sepantas Google Chrome (pemajunya mendakwa ia lebih laju) dan enjin persembahan (rendering) telah ditala sedikit untuk menawarkan pengalaman yang lebih pantas.

Visual Tabs dan Tab Stacking akan berguna jika anda sering membuka terlalu banyak tab, dan kini terdapat isyarat tetikus visual. Ini dilaksanakan dengan baik, dan diakses dengan menahan butang kanan tetikus yang akan menunjukkan panduan lutchaya terhadap isyarat tetikus. Ini boleh menjadi pengenalan kepada pengguna yang tidak pernah menggunakan isyarat, dan diharap dapat merintis penggunaan yang lebih meluas di masa depan.

Masih ada klien e-mel bersepadu, sebagai kesinambungan terhadap konsep Opera ke arah melakukan segala-galanya melalui satu aplikasi. Ciri-ciri terbaru atau penambahbaikan yang perlu diberi perhatian ialah tema dan akses web cam. Peningkatan yang paling ketara ialah Speed ​​Dial yang bukan sekadar memberikan akses mudah ke tapak web kegemaran anda, tetapi kini membolehkan anda membenamkan Speed ​​Dial anda dengan maklumat dinamik - dalam erti kata lain, aplikasi web dalam Opera. Sementara itu Password Syncing membolehkan anda menyegerakkan kata laluan ke serata komputer dan peranti berlainan - hanya daftarkan akaun dan Opera akan menguruskan yang seterusnya. Terdapat juga beberapa penambahbaikan HTML5 untuk pemaju seperti Sejarah Sesi, Navigasi dan API Fail W3C.

Kesimpulan

Opera 12 memang peningkatan yang lebih maju daripada Opera 11 walaupun perubahan ini bukanlah sesuatu yang menakjubkan. Bagaimanapun, jika anda sedang mencari pelayar baru, ia mungkin yang paling inovatif buat masa ini di pasaran dan berbaloi digunakan.

Bagus
  • Sangat pantas
  • Fungsi Speed ​​Dial yang mudah digunakan
  • Tab stack
  • Klien e-mel
  • Password Syncing
Tidak bagus
  • Sambungan yang tidak sebanyak pelayar lain

Muat turun: Paling Banyak Pelayar web

  1. Google Chrome

    Pelayar web revolusi Google menawarkan banyak ciri-ciri hebat

  2. Opera
  3. Mozilla Firefox
  4. Internet Explorer 8
  5. Safari